SiApA PuN KitA,IbUbApA tEtAp BerSAmE kTe...

Friday, 19 August 2011
Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.





8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia





Abang pada tahun 2007.



9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Credit To Majalah Mastika JUN2011....

RESUME

Wednesday, 17 August 2011
BIODATA:

  • Zaim Bin Zulkifli
  • 5 April 1992
  • Melayu
  • Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,Kedah
  • zack2za@yahoo.com
PENDIDIKAN
  • SK Alor Peroi:1999-2004
  • SMKA Nurul Ittifaq:2005-2009
  • Universiti Islam Antarabangsa:2010
  • Institut Pendidikan Guru Darulaman:2011
PENGALAMAN:
  • Ke-3 Kejohanan Bola Sepak MSSMT 2006/2007
  • Ke-4 Kejohanan Bola Baling MSSMT 2003/2004/2007
  • Ke-2 Kejohanan Bola Tampar MSSMDB 2008
  • AJK Kelab Koperasi 2008/2009
  • AJK Pengakap 2007/2008/2009



REFLEKSI TMK 27/7/2011


Hari ini kami didedahkan tentang cara-cara menggunakan Microsoft Excell.
Microsoft ini digunakan untuk memasukkan data-data...

Pertama sekali... Pn zakiah memberitahu kami apa itu Column dan Row???
Column ditanda dengan huruf ABC
Row pula ditanda dengan nombor 123


Di bawah ini dinamakan sebagai namebox



Ruang untuk satu table juga boleh dibesarkan dengan hanya click dan drag 



Apabila excel ini diprint, garisan grid  tiada, jadi perlu meletakkan sendiri border itu....

Highlight semua data------>>>>  Bottom border ---->>. All border


 hasilnya.....


Markah pelajar juga boleh dikira secara automatik dengan menggunakan auto sum

selain jumlah, purata markah juga boleh dikira 

REFLEKSI TMK 25/7/2011


Hari ini Puan Zakiah telah mendedahkan kami cara MAIL MERGE...
Sebagai seorang guru, penggunaan mail merge sangat penting untuk memudahkan guru membuat sijil ataupun slip pelajar.
Dengan ini, guru akan menjimatkan masa dalam menyiapkan slip @ sijil ini...


Sediakan 2 word...
  • Satu berbentuk sijil...
  • Kemudiannya satu lagi berbentuk jadual.... (jadual ini perlu disave)

CLICK...

Mailing-------> Select Recipients---------> Use existing file

pilih file jadual yang telah disave




Selepas itu------>>>  Insert Merge Field




Then, ------->>> click preview

Kesimpulan:

Dengan sesi pembelajaran ini,saya banyak mendapat faedah dan mengetahui tentang cara-cara untuk menyediakan sijil untuk beratus-ratus orang murid dalam masa yang singkat.

REFLEKSI TMK 20/7/2011

Sunday, 31 July 2011
MiCrOsOfT wOrD
(MAIL MERGE)

Pada hari ini, Puan Zakiah telah mendedahkan kepada kami bagaimana menggunakan SMART ART di dalam Microsoft World...

Bagaimanakah mencari smart art di dalam Microsoft World??

Insert ------>SMART ART


Dengan right click di sini, maka akan muncul



Kita boleh memilih grafik mana yang sesuai...
Warna juga boleh diubah dengan...

click images-----> Design



Dengan penggunaan SMART ART, maklumat yang ingin diterjemahkan akan lebih jelas dan terperinci..

Selamat mencuba !!! (^_^)

REFLEKSI TMK 18/7/2011

Sunday, 17 July 2011
Tentatif Pembelajaran:

Kami di ajar tentang cara penyimpanan fail atau pengurusan fail.Kebiasaannya setiap folder di simpan akan di simpan di dalm My Document.Untuk mewujudkan fail baru,'right click' on Dekstop dan pilih New Folder.Untuk menyusun balik fail-fail yang di wujudkan,kita hanya perlu 'click and drag' sahaja.Untuk menyimpan sesuatu kerja,click Save As dan pilih folder yang kita mahu menyimpan fail tersebut.Untuk membuat pencarian tentang sesuatu fail,click Start dan pilih Search.Kami di beri penerangan tentang cara pemprosesan bagi membuka sesuatu fail.Contohnya video,mp3,picture dan lain-lain lagi.Kami mendapat penerangan tentang perisian-perisian yang tertentu contohnya perisian utiliti,perisian pemprosesan,perisian aplikasi dan sebagainya...Contohnya ialah Adobe Photoshot,Anti-Virus dan sebagainya.Ini adalah contoh-contoh virus yang biasa yang di dapati daripada internet. http://antivirus-software.topchoicereviews.com/types-of-viruses.html

Types Of Viruses

Not all computer viruses behave, replicate, or infect the same way. There are several different categories of viruses and malware. Below I list and discuss some of the most common types of computer viruses.

Trojan Horse:
A trojan horse program has the appearance of having a useful and desired function. While it may advertise its activity after launching, this information is not apparent to the user beforehand. Secretly the program performs other, undesired functions. A Trojan Horse neither replicates nor copies itself, but causes damage or compromises the security of the computer. A Trojan Horse must be sent by someone or carried by another program and may arrive in the form of a joke program or software of some sort. The malicious functionality of a Trojan Horse may be anything undesirable for a computer user, including data destruction or compromising a system by providing a means for another computer to gain access, thus bypassing normal access controls.

Worms:
A worm is a program that makes and facilitates the distribution of copies of itself; for example, from one disk drive to another, or by copying itself using email or another transport mechanism. The worm may do damage and compromise the security of the computer. It may arrive via exploitation of a system vulnerability or by clicking on an infected e-mail.

Bootsector Virus:
A virus which attaches itself to the first part of the hard disk that is read by the computer upon bootup. These are normally spread by floppy disks.

Macro Virus:
Macro viruses are viruses that use another application's macro programming language to distribute themselves. They infect documents such as MS Word or MS Excel and are typically spread to other similar documents.

Memory Resident Viruses:
Memory Resident Viruses reside in a computers volitale memory (RAM). They are initiated from a virus which runs on the computer and they stay in memory after it's initiating program closes.

Rootkit Virus:
A rootkit virus is an undetectable virus which attempts to allow someone to gain control of a computer system. The term rootkit comes from the linux administrator root user. These viruses are usually installed by trojans and are normally disguised as operating system files.

Polymorphic Viruses:
A polymorphic virus not only replicates itself by creating multiple files of itself, but it also changes it's digital signature every time it replicates. This makes it difficult for less sophisticated antivirus software to detect.

Logic Bombs/Time Bombs:
These are viruses which are programmed to initiate at a specific date or when a specific event occurs. Some examples are a virus which deletes your photos on Halloween, or a virus which deletes a database table if a certain employee gets fired.

Tanda Jangkitan Virus

* Perubahan dalam saiz fail.
* Perubahan pada tarikh fail walaupun fail itu tidak diubahsuai.
* Program mengambil masa yang agak lama untuk dijalankan.
* Operasi sistem yang perlahan.
* Pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak dapat dikesan puncanya.
* Sektor rosak pada disket,mahupun pada storan yg lain
* Paparan mesej kerosakan yang ganjil.
* Aktiviti skrin yang ganjil.
* Aturcara tidak dapat dijalankan.
* Sistem boot gagal semasa sistem bermula atau semasa memboot daripada pemacu .
* Terdapat aktiviti pencapaian cakera keras semasa tiada aktiviti sedang berjalan.

 Kesimpulan:

Sedikit sebanyak pengajaran hari ini telah menambah pengetahuan saya tentang jenis-jenis virus dan anti-virus.Selain itu,saya juga memahami dengan lebih baik cara pemprosesan komputer dan penggunaan sesetengah aplikasi.Antaranya ialah Adobe Photoshot.Penerangan dari Puan telah menarik minat saya mencuba bidang edit foto ini.Ia merupakan satu bidang yang amat menarik untuk mengubahsuai foto supaya kelihatan lebih menarik dan cantik.

REFLEKSI TMK 11/7/2011

Friday, 15 July 2011
Tentatif Pembelajaran:

Hari ini kami de beri penerangan tentang kepentingan komputer.Kami juga di terangkan penggunaan www.Kami juga di ajar untuk membezakan antara install dan run.

What is computer literacy?
Literacy is the knowledge and understanding of computers and their uses. It also means that computers are everywhere.

How is computer defined?
An electronic device operating under the control of instructions stored in its own memory. Computer also use to accept data (input), process data into information, produces and stores result (output).

What is information processing data?
Information processing cycle consists of input, process, output, storage and communication.

What is an input?
Hardware used to enter data and instructions.

What is output device?
Hardware that produces information.

What is the system unit (chesis)?
Box-like case containing electronic components used to process data.

2 main components
First, CPU @ processor - carries out instructions that tell computer what to do. Second, memory - temporary holding place for data and instructions.

What is storage?
Storage is used to hold data, instructions and information for future use. Storage can be divided into two. First, storage media - physical material on which data, instructions, and information are stored. Second, storage device - records and retrieve items to and from a storage medium.

Storage media is a portable, thin memory cards used in digital camera and handheld computers.

What is a floppy disk?
A floppy disk is a thin, circular and flexible disk enclosed in rigid plastic shell.

What is a flash drive?
The same use as floppy disk but provides much greater storage capacity that floppy disk.

What is a hard disk?
The same use as floppy disk and flash drive but provides much greater storage capacity that floppy disk and flash drive.

What is compact disk?
The same use as floppy disk,flash drive and hard disk but provides much greater storage capacity that floppy disk, flash drive and hard disk.

the storage capacity of those devices are as shown below:

          floppy disk > flash drive > hard disk > compact disk


What makes a computer powerful?
The power of a computer can be determined by its storage, reliability and consistency, speed, accuracy and communication.

What is a network?
A network can be defined as a collection of computers and devices connected together.

Communication device enables a connection between computers by using a modem / router.

Communication media consists of cables, telephone lines, microphone, satellites, and cellular radio.

What is the reason to network?
Use to share resources, hardware devices, software programs, data and information. Besides, can save time and money.

What is a server?
A server used to manage the resources on a network. Thus, a client can accesses the resources on the server.

What is the Internet?
Internet referred to world wide collection of networks that connects millions of computers.

Why do users access the internet?
Users access the Internet for communication, find information, shopping, banking and investing, classes and entertainment.

What is the web?
Web is billions of documents, called web pages, available to anyone connected to the Internet. A website is a collection of related web pages. A webpage contains text, graphics, sound, video and links to other web pages. Users also can share information by creating web page or posting photos on a photo community.

Kesimpulan:

Saya rasakan yang saya lebih memahami tentang komputer selepas pembelajran pada hari ini lebih-lebih lagi tentang kepentingan komputer dan kitaran proses maklumat oleh komputer.Terima kasih Puan kerana telah mengajar saya dengan baik termasuklah menyediakan slide-slide pengajaran yang menarik dan mudah di fahami.