REFLEKSI TMK 4/7/2011

Wednesday 6 July 2011
Tentatif Pembelajaran:

Sesi pembelajaran untuk minggu pertama ialah berkenaan sesi pengenalan diri.Setiap pelajar memperkenalkan diri masing-masing.Pensyarah bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi ialah Pn.Zakiah Mahmud.Setelah itu,kami di beri sedikit penerangan berkenaan mata pelajaran ini yang lebih kepada basic-basic komputer bagi saya.Kami di perkenalkan secara teori berkenaan sistem-sistem komputer iaitu berkenaan fungsi-fungsi 'organ dalaman' komputer.Kami di beri tugasan untuk mencari maklumat tentang input dan output sesebuah komputer.Kami juga di khendaki mencari tentang fungsi-fungsi komputer.Dalam input,antara yang termasuk ialah keyboard,mouse,scanner dan microphone.Seseuatu yang berfungsi lebih kepada memberi arahan kepada sistem untuk melakukan sesuatu.Dalam output pula,antaranya ialah monitor,speaker,projektor dan printer.Sesuatu yang berfungsi menerima arahan untuk membuat arahan dari sistem komputer.

Kesimpulan:

Saya dapat memahami dengan baik setiap pembelajaran yang di ajar oleh Puan.Setiap pembelajaran dari Pn di tambah dengan sedikit rujukan daripada internet banyak membantu saya memahami dengan lebih baik berkenaan sistem komputer ini.Namun,di harap komputer dalam makmal di selenggara dengan baik agar semua pelajar dapat menggunakan semua komputer itu yang lebih memudahkan setiap pelajar untuk mencari maklumat semasa pembelajaran di jalankan.



0 comments:

Post a Comment